Selasa, 17 Ogos 2010

~MaSa~

Masa terus Berlalu...
Dalam aku kehausan mencari kasih,
Ketika aku sudah jerih menahan getir,
yang tiada henti menahan diri,
yang kian menambah luka,
aku hampir putus asa menanti cebisan bahagia,,
nyaris rebah bersama serpihan hati yang berderai...
   Tiada ku sangka
   Penantian ku berbalas jua,
   Kau menjelma tiba-tiba,
   tanpa sekilas tanda,
   Cebisan hati bercantum kembali
   Kekuatan diri menjengah lagi
   dengan sejuta harapan
   seribu Impian,
   Senyuman yangHilang Jua terhias Indah
   Dengan hadirm dalam takdirku...
Aku terasa bagai mimpi di alam fantasi
lama baruku sedar
Kedatanganmu Adalah satu realiti..
Yang ditentu ilahi,
Tidakku rasa cukup kesyukuran yang ku panjatkan
terlalu sedikit rasanya doaku pada-Nya
Kian kerdil diriku menghadapnya
yang begitu banyak menabur nikmat
Pada hamba Yang Sering alpa sepertiku
Tidak ku tahu lagi...
apa yang dapatku lakukan untuk menzahirkan
betapa aku bersyukur dengan nikmat ini
dengan kehadiranmu...
   Terima kasih YA ALLAH...
   Kerana mengurniakanku
seorang insan yang selama ini ku tunggu
Seorang yang benar2 memahamiku...
Tuhanku...
kekalkanlah hubungan ini
keranaku tak rela kehilangannya...
hanya padamu ku momohon....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan